BINA UPAYA REALISASI BANGSA
UCAPAN DASAR KETUA UMNO BAHAGIAN SEPANG YANG JUGA AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO, AHLI PARLIMEN SEPANG DAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA, YB. DATO' IR. MOHD ZIN MOHAMED DI PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN SEPANG 2006 PADA 6 OGOS 2006
MUKADDIMAH

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,

1. DENGAN PENUH RASA KESYUKURAN DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG DI RAHMATINYA, SAYA MENGALU-ALUKAN DAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PARA PERWAKILAN DAN HADIRIN SEKELIAN DI ATAS KEHADIRAN DALAM PERHIMPUNAN YANG PENUH BERERTI INI.

2. SESUNGGUHNYA PERHIMPUNAN INI MEMBERI ERTI YANG CUKUP BESAR DAN BERMAKNA KEPADA KESINAMBUNGAN DAN PENINGKATAN PERJUANGAN UMNO.

3. SEBAGAI WADAH PERJUANGAN ORANG-ORANG MELAYU, UMNO ADALAH SATU-SATUNYA PERTUBUHAN YANG SENTIASA BERPERANAN BERLANDASKAN KEPADA MATLAMAT MURNI BAGI MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

4. DENGAN DOKONGAN, SOKONGAN SERTA KERJASAMA YANG TULUS IKHLAS DARI SEMUA AHLI JAWATANKUASA DAN AHLI-AHLI UMNO PARLIMEN SEPANG, KITA TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN DENGAN JAYANYA.

5. SAYA DENGAN SUKACITANYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJADIKAN UMNO BAHAGIAN SEPANG KHUSUSNYA SEBAGAI PERTUBUHAN MELAYU YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERJAYA MELAKSANAKAN AMANAH RAKYAT DENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN BERKESAN.

PERJUANGAN UMNO

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,

6. KEKUATAN BANGSA MELAYU BERGANTUNG KEPADA KEKUKUHAN PERPADUAN YANG DAPAT KITA PUPUK SESAMA KITA. KUNCI KEKUATAN KITA SELAMA INI TERLETAK KEPADA IKATAN PERPADUAN YANG BERJAYA KITA PADUKAN SEMENJAK PENUBUHAN UMNO DALAM TAHUN 1946. PENYATUAN BANGSA DIDALAM SATU WADAH PERJUANGAN ORGANISASI UMNO TELAH BERUPAYA MELETAKKAN KITA DI PERSADA PEMERINTAHAN HINGGA DAPAT MELINDUNGI KEPENTINGAN MELAYU DARI SEGI AGAMA, BAHASA, KEBUDAYAAN DAN EKONOMI TANPA PULA MENINDAS KAUM-KAUM LAIN YANG SUMBANGAN MEREKA DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN.

7. BANGSA MELAYU MESTILAH TERUS MENGHAYATI NILAI-NILAI MURNI YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARI BUDAYA BANGSA. BUDAYA YANG TELAH BERJAYA MEMBINA KEKUATAN DAN TAMADUN BANGSA. CABARAN BARU MENUNTUT BANGSA MELAYU SUPAYA BERUPAYA MENGHIDUPKAN IDEA-IDEA BARU YANG PERLU DIPERSESUAIKAN DENGAN MATLAMAT BARU DAN AGENDA BERTINDAK YANG BERBEZA DEMI MENJAMIN KITA TIDAK TERSISIR DI PINGGIRAN, PUPUS DAN DITENGGELAMI. SITUASI KINI TURUT MENUNTUT UNTUK KITA MENGUKUHKAN PERPADUAN SUPAYA SEGALA SUMBER BANGSA ITU DAPAT DIGABUNG DAN DIGEMBELINGKAN. PERJUANGAN BANGSA JANGAN HARUS TERPESONG ATAU DISEMPITKAN HINGGA BOLEH MEMECAHKAN IKATAN PERPADUAN BANGSA SELAMA INI. MELAYU ITU HARUS MENGEKALKAN KETUANAN DAN KEAGUNGAN, KEULUNGAN DAN KEUNGGULANNYA DI BUMI MALAYSIA INI.

8. KITA SEWAJARNYA MERASA BANGGA KERANA MALAYSIA ADALAH SATU-SATUNYA NEGARA DI DUNIA INI YANG MENTAKRIFKAN BAHAWA ORANG MELAYU ITU AGAMANYA ISLAM DIDALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. APA YANG DIPERJUANGKAN UMNO BAGI KEMAJUAN DAN MENINGGIKAN MARTABAT BANGSA MELAYU ADALAH SEBENARNYA MEMAJUKAN DAN MENINGGIKAN MARTABAT UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

9. PENCAPAIAN SEIMBANG DAN SAKSAMA DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU DENGAN KAUM-KAUM LAIN, ADALAH FAKTOR PENENTU KEPADA SEBUAH NEGARA YANG STABIL DAN AMAN. ORANG MELAYU AKAN MENJADI LEBIH TERBUKA DAN LEBIH BERTOLERANSI SIFATNYA, JIKA, STATUS SOSIAL DAN STATUS EKONOMI MEREKA BERADA DI PARAS YANG SEIMBANG DENGAN KAUM-KAUM LAIN DI NEGARA INI. KONTRAK SOSIAL YANG TELAH DIPERSETUJUI MESTILAH DIPEGANG DAN DIHORMATI.

10. KONTRAK SOSIAL MERUPAKAN PERKARA PENTING DIDALAM SEJARAH PEMBENTUKAN BANGSA DAN NEGARA INI. SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH INGGERIS, TANAH MELAYU DIIDENTIFIKASIKAN DENGAN PENDUDUK ASALNYA YANG TERAS, IAITU BANGSA MELAYU. HAKIKAT INI MENJADI FAKTA SEJARAH YANG TIDAK MUNGKIN DAPAT DINAFIKAN OLEH SESIAPAPUN KERANA BUKAN HANYA MERUPAKAN DAKWAAN ORANG MELAYU SEMATA-MATA, TETAPI DIRAKAMKAN OLEH PARA SARJANA DARI LUAR. APABILA PENJAJAH MEMBAWA ORANG CINA DAN INDIA SECARA BERAMAI-RAMAI UNTUK MENJADI TENAGA KERJA BAGI MANIPULASI EKONOMI PENJAJAH ITU SENDIRI, MAKA DEMOGRAFI NEGARA INI SECARA LANGSUNG BERUBAH.

11. ATAS DESAKAN PENJAJAH INGGERIS, ORANG MELAYU PERLU MENERIMA SYARAT KEMERDEKAAN YANG AKAN DIBERIKAN HANYA JIKA KAUM-KAUM YANG ASALNYA PENDATANG ITU DITERIMA SEBAGAI WARGANEGARA. SEBAGAI PENGIMBANG KEPADA PEMBERIAN TARAF KEWARGANEGARAAN ITU, MAKA PARA PEMIMPIN KAUM-KAUM LAIN ITU BERSETUJU MENERIMA PERUNTUKAN YANG BERKAITAN DENGAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU. PERKARA YANG MENJADI ASAS PERSETUJUAN ITU IALAH KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU, KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA RASMI SERTA HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. ITULAH YANG DINAMAKAN KONTRAK SOSIAL DALAM KONTEKS PEMBENTUKAN NEGARA INI. SEMUA INI TELAH DIMASUKKAN SEBAGAI PERKARA-PERKARA DIDALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN APABILA NEGARA MENCAPAI KEMEREKAAN PADA TAHUN 1957. OLEH HAL YANG DEMIKIAN, KAUM-KAUM LAIN ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK MEMPERTIKAIKAN PERKARA-PERKARA YANG TELAH DIPERSETUJUI, TERUTAMANYA SOAL KEAGAMAAN SAPERTIMANA TUNTUTAN OLEH INTER FAITH COUNCIL (IFC), SEBUAH BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) YANG DIANGGOTAI OLEH 14 PERTUBUHAN.

PENDIDIKAN

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,
12. PENDIDIKAN MERUPAKAN PERKARA UTAMA YANG MENJADI TUNTUTAN AGAMA ISLAM DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. INI DAPAT KITA HAYATI BILAMANA NABI MUHAMMAD S.A.W TELAH PERTAMA KALI MENERIMA WAHYU PADA MALAM 27 RAMADHAN BERSAMAAN TAHUN 611 MASEHI. AYAT PERTAMA YANG DITURUNKAN KEPADA BAGINDA IAITU ‘IQRA’ DARI SURAH ‘ALAQ’ TELAH MENJADI ASAS KEPADA CAHAYA ILMU YANG MENERANGI SELURUH ALAM. AYAT INI PADA DASARNYA MENYERU SUPAYA KITA MEMBACA, DENGAN MENGAGUNGKAN KEBESARAN ILLAHI, YANG MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK MEREKA KETAHUI. BEGITU TINGGINYA NILAI ILMU DAN PENDIDIKAN DI DALAM ISLAM.

13. YAB PRESIDEN UMNO SELAKU PERDANA MENTERI MALAYSIA, SEPERTIMANA UCAPAN BELIAU DI DALAM PEMBENTANGAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK9) PADA 31 MAC 2006 DI DEWAN RAKYAT, TELAH MEMBERIKAN FOKUS YANG KHUSUS KEPADA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN. PADA TERAS KEDUA DARI LIMA TERAS UTAMA YANG DIGARISKAN, BELIAU TELAH MEMBERI PENEKANAN KEPADA PEMBANGUNAN MODAL INSAN IAITU MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGETAHUAN, KREATIVITI DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK ‘MINDA KELAS PERTAMA’. SELARAS DENGAN USAHA-USAHA KEPIMPINAN TERDAHULU, NEGARA INI SENTIASA MEMBERIKAN PERHATIAN DAN PENEKANAN KEPADA BIDANG PENDIDIKAN. PENDIDIKAN DILIHAT SEBAGAI ASAS YANG AKAN MENENTUKAN KEJAYAAN SESUATU TAMADUN DAN UMAT. JELASNYA PENDIDIKAN DAPAT MEMPERTINGKATKAN DARJAT SESUATU BANGSA DAN SETERUSNYA MEMPERTINGKATKAN KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA.

14. KOMITMEN PERBELANJAAN MELIBATKAN HAMPIR RM 42 BILLION DALAM RMK 9 BAGI TUJUAN LATIHAN DAN PENDIDIKAN YANG DIBENTANGKAN MERUPAKAN SUATU CABARAN YANG MESTI KITA JAYAKAN. TUNTUTAN TERHADAP PENGUASAAN ILMU DAN PENGETAHUAN DI KALANGAN BANGSA KITA MENJADI BERTAMBAH KRITIKAL DAN PENTING. DUNIA TANPA SEMPADAN MENGUNDANG PELBAGAI CABARAN DAN DUGAAN. INI SEMUA MENUNTUT KEPADA USAHA-USAHA BERTERUSAN SECARA LEBIH STRATEGIK DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR PERHATIAN KE ARAH PEMBANGUNAN SERTA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN MENJADI AGENDA UTAMA. AHLI-AHLI UMNO TERUTAMANYA, MESTILAH MEMAINKAN PERANAN PENTING DIDALAM MENERAJUI PEMIKIRAN BANGSA MELAYU SUPAYA DIBANGUNKAN SEBAGAI BANGSA YANG BERILMU, KREATIF DAN INOVATIF.

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,
15. BANGSA MELAYU ADALAH BANGSA YANG TEKUN DAN RAJIN BERUSAHA, SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM PEPATAH MELAYU LAMA, 'SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN', 'JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG DI MANA AKAN DAPAT SAGUNYA'. BANGSA MELAYU MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA KESENANGAN TIDAK DATANG SECARA MUDAH, BAHAWA PERLUNYA 'BERJAGUNG-JAGUNG DAHULU SEMENTARA MENANTI PADI MASAK', 'BERAKIT KE HULU - BERENANG KE TEPIAN, BERSAKIT DAHULU - BERSENANG KEMUDIAN', DAN YAKIN BAHAWA KEKAYAAN ITU PERLU DIUSAHAKAN SECARA TEKUN - SECARA GIGIH DAN TIDAK BERLAKU SECARA MENDADAK, 'SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA MENJADI BUKIT'. BANGSA MELAYU PADA KESELURUHANNYA SEDAR AKAN PENTINGNYA AMALAN BERHATI-HATI DAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN DEMI MENJAMIN SURVIVAL DI HARI MUKA. KITA MESTILAH SENTIASA MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI SEGALA KEMUNGKINAN, LALU 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'.

16. SEJARAH KEAGUNGAN ILMU ISLAM TELAH LAMA BERTAPAK TERUTAMANYA KEJAYAAN UMAT ISLAM DI KOTA ANDALUSIA, SEPANYOL ( 756 – 1492 MASEHI ). DI KOTA INILAH UMAT ISLAM TELAH MEMBINA SUATU TAMADDUN YANG AGUNG. ISTANA ALHAMBRA TELAH DI BINA HASIL KARYA SENIBINA UMAT ISLAM ABAD PERTENGAHAN YANG TIDAK DAPAT DITANDINGI SEHINGGA KINI. KOTA INI PERNAH MENJADI PUSAT ILMU DAN TEKNOLOGI ISLAM, SEKALIGUS SEBAGAI PUSAT KEBANGKITAN EROPAH. DI SINILAH LAHIRNYA IBNU RUSYD, SEORANG AHLI KEDOKTORAN DAN AHLI HUKUM ISLAM. BUKU BELIAU BERJUDUL BIDAYATUL MUJTAHID ADALAH MENJADI RUJUKAN UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. DISAMPING ITU KOTA INI JUGA TELAH MELAHIRKAN RAMAI PAKAR DAN AHLI DIDALAM BIDANG MATEMATIK DAN SAINS. AKAN TETAPI KEJAYAAN INI LENYAP AKIBAT KEPENTINGAN KEKUASAAN PERIBADI. APAKAH YANG DAPAT KITA PELAJARI DARI SEJARAH INI? MARILAH KITA HAYATI KEMBALI PERKARA INI SECARA KRITIS DAN MULAKAN LANGKAH KEARAH USAHA-USAHA YANG LEBIH POSITIF.

17. BERDASARKAN PERANGKAAN, BAGI TAHUN 2005, BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA TELAH BERJAYA MENINGKATKAN BILANGAN PROFESSIONALNYA DIDALAM PELBAGAI BIDANG, BERBANDING PADA AWAL TAHUN 70’AN. SEHINGGA TAHUN 2005 KITA TELAH BERJAYA MELAHIRKAN SERAMAI 1,358 ORANG ARKITEK BERBANDING 1,594 ORANG BANGSA CINA DAN 43 ORANG BANGSA INDIA. BAGI JURUSAN KEDOKTORAN, KITA MEMPUNYAI 5,720 DOKTOR MELAYU BERBANDING 4,657 ORANG DOKTOR BANGSA CINA DAN 1,055 ORANG DOKTOR BERBANGSA INDIA. BEGITU JUGA BAGI JURUSAN GUAMAN, KITA MEMPUNYAI 4,465 ORANG MELAYU BERBANDING 4,354 ORANG CINA DAN 2,834 BAGI ORANG INDIA. BAGI JURUSAN PROFESSIONAL DIDALAM BIDANG PERAKAUNAN, KEJURUTERAAN DAN JURUNILAI, ORANG MELAYU MASIH KEKURANGAN BERBANDING BANGSA LAIN. OLEH ITU USAHA YANG LEBIH MESTILAH DILAKUKAN BAGI MEMPERTINGKAN ORANG MELAYU BUKAN SAHAJA DIDALAM TIGA JURUSAN ITU, TETAPI DIDALAM BIDANG LAIN JUGA.
YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,

18. MELAHIRKAN MASYARAKAT SAINS DAN TEKNOLOGI BUMIPUTERA ADALAH SATU KEPERLUAN KRITIKAL. UNTUK ITU KAEDAH PENDIDIKAN YANG MENGGALAKKAN KECENDERUNGAN KEPADA KREATIVITI DAN PENYELIDIKAN HENDAKLAH DIBERIKAN KEUTAMAAN. PENDIDIKAN YANG MENGUTAMAKAN KUALITI ADALAH SATU KEMESTIAN. PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN LATIHAN KEMAHIRAN PERLU DITINGKATKAN SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI. DI SAMPING MEMBEKALKAN ILMU PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN SERTA PEMBANGUNAN INTELEK, SETIAP DARI KITA JUGA BERTANGGUNGJAWAB MEMBINA INSAN SECARA MENYELURUH DARI SEGI PEMBANGUNAN ROHANI, JASMANI, SOSIAL DAN MORAL. KERANA KASIH DAN SAYANG KEPADA PERJUANGAN MURNI UMNO, KITA JUGA BERTANGGUNGJAWAB MEMBENTUK SIKAP DAN MENCANAI PEMBENTUKAN PEMIKIRAN GENERASI MUDA YANG BERGUNA, PRODUKIF, BERETIKA DAN BERAKHLAK MULIA UNTUK MEWARISI NEGARA INI DI MASA MUKA. GENERASI MELAYU KINI DAN YANG AKAN DATANG HENDAKLAH DIDIDIK DENGAN KECINTAAN KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SERTA TAAT KEPADA PARTI DAN SETIA KEPADA PERJUANGAN.

19. DI SAMPING BERSYUKUR DENGAN KEKUATAN DAN KEMULIAAN ANUGERAH ILAHI INI KITA MESTILAH TERUS MENINGKATKAN AZAM UNTUK MENCAPAI DAN MENCIPTA KEJAYAAN LEBIH GEMILANG. KITA HARUS TERUS BERUSAHA MEMBINA KEKUATAN DAN MEMBARAKAN SEMANGAT UNTUK MENJADI BANGSA YANG LEBIH GAGAH DAN LEBIH TERSERLAH KEDUDUKANNYA. KETAHUILAH KEJAYAAN SESUATU KAUM ITU ADALAH ANUGERAH DARIPADA ALLAH S.W.T. DI ATAS DAYA YANG DIUSAHAKAN OLEH KAUM ITU SENDIRI. ALLAH S.W.T. TELAH BERFIRMAN DENGAN JELASNYA TIDAK AKAN BERUBAH NASIB SESUATU KAUM JIKA MEREKA SENDIRI TIDAK BERUSAHA MENGUBAHNYA. DENGAN MEMAHAMI KEBENARAN AJARAN ALLAH S.W.T. INI DAN JUGA MENGAKUI KETEPATAN JANJI ALLAH S.W.T. YANG BERMAKSUD ''DAN (INGATLAH TATKALA TUHAN KAMU MEMBERITAHU: '' DEMI SESUNGGUHNYA! JIKA KAMU BERSYUKUR NESCAYA AKU AKAN TAMBAHI NIKMATKU KEPADA KAMU, DAN DEMI SESUNGGUHNYA, JIKA KAMU KUFUR INGKAR SESUNGGUHNYA AZABKU AMATLAH KERAS.'' (SURAH IBRAHIM AYAT 7).
YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,

20. UMNO BAHAGIAN SEPANG TELAH MELAKSANAKAN BEBERAPA PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DEMI MEMENUHI TUNTUTAN PERJUANGAN MURNI KITA. DIANTARA SEBAHAGIAN DARI PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN ADALAH KONVENSYEN PENDIDIKAN SEPANG, KURSUS-KURSUS MOTIVASI BAGI CALON-CALON PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, TEKNIK MENJAWAB SOALAN, KEPIMPINAN DIRI SERTA KURSUS KERJAYA DI SEBELAS ( 11 ) BUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DIDALAM PARLIMEN SEPANG MELALUI BEBERAPA SIRI DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEPANG. DISAMPING ITU KURSUS MOTIVASI BAGI GURU-GURU SEKOLAH TELAH JUGA DIADAKAN. MARILAH KITA DOAKAN SEMOGA BAGI PARA PELAJAR, TERUTAMANYA YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH DAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DAPAT MENJALANI PEPERIKSAAN DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN KEJAYAAN. DISAMPING AKTIVITI DIATAS, UMNO BAHAGIAN SEPANG JUGA TELAH MENYEDIAKAN PEMBIAYAAN BAGI KELAS-KELAS TUISYEN DAN MERAIKAN PARA PELAJAR CEMERLANG DIDALAM PELAJARAN DAN BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN YANG LAIN. ADALAH MENJADI HASRAT DAN HARAPAN UMNO BAHAGIAN SEPANG SEMOGA LEBIH BANYAK PROGRAM SEUMPAMANYA AKAN DAPAT DILAKSANAKAN DISAMPING PROGRAM-PROGRAM YANG DIFIKIRKAN BERKAITAN.
BINA UPAYA MODAL INSAN
YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,

21. SEJAK PENUBUHAN UMNO 60 TAHUN YANG LALU, PARTI KERAMAT INI TELAH BERJAYA MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU. DENGAN USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH SERTA KEPINTARAN PARA PEMIMPIN MELAYU TERDAHULU DAN KINI, IA TELAH MEMBEBASKAN TANAHAIR TERCINTA INI DARIPADA PENGHINAAN SERTA PENINDASAN YANG DIDERITAI SELAMA HAMPIR 446 TAHUN AKIBAT BELENGGU PENJAJAHAN. MELALUI PENGUASAAN POLITIK DAN PROGRAM YANG DIPELOPORI OLEH UMNO, BANGSA MELAYU DALAM TEMPOH YANG TIDAK SAMPAI PUN SETENGAH ABAD TELAH MENJELMA DARIPADA MASYARAKAT YANG UMUMNYA MISKIN KEPADA MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI GOLONGAN PROFESSIONAL, TEKNOKRAT, PENTADBIR DAN CENDEKIAWAN YANG MENGUASAI PELBAGAI KEPAKARAN HINGGA BERUPAYA MEMARTABATKAN BANGSA DAN MENDAULATKAN NEGARA DI MATA DUNIA.

22. LANGKAH-LANGKAH PENGUKUHAN MASIH PERLU DIFIKIRKAN DAN DILAKSANAKAN DENGAN DIMENSI PENDEKATAN UNTUK MEMBINA KEKUATAN BANGSA MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN DARI DALAM DAN LUAR. AGENDA PEMBANGUNAN BANGSA HENDAKLAH BERTUJUAN UNTUK MEMBINA KAPASITI MELAYU YANG KOMPETITIF, YANG MENGHARGAI DAN MENGERTI AKAN ISTILAH MERITOKRASI SERTA GIGIH BERUSAHA UNTUK MENCAPAI TARAF YANG DIHORMATI SUPAYA DAPAT MENGUASAI SESUATU SECARA BERKEKALAN. KITA TIDAK LAGI BOLEH MENERUSKAN PENDEKATAN MEMBERI IKAN TETAPI KITA MESTI MEMBERIKAN JORAN SUPAYA MEREKA DAPAT TERUS MENCARI IKAN. OLEH ITU, USAHA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PROFESIONAL, TEKNOKRAT DAN USAHAWAN MELAYU YANG BERKUALITI MERUPAKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG WAJIB KITA LAKSANAKAN, DAN DILAKSANAKAN DENGAN SEGERA

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,
23. USAHA MENINGKATKAN BILANGAN TENAGA PROFESIONAL PERLU DILIPAT GANDAKAN. FOKUS PERLU DIBERIKAN KEPADA GERAKAN MELAHIR SEKURANG-KURANGNYA SATU ( 1 ) ORANG PROFESSIONAL MELAYU BAGI SETIAP SATU ( 1 ) KELUARGA DIDALAM PARLIMEN SEPANG. UMNO SERTA PARA PEMIMPIN MASYARAKAT DAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) MESTILAH MENJADI PEMANGKIN KEPADA USAHA-USAHA MURNI INI.

24. DI SAMPING ITU, SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) SERTA SEKTOR SWASTA MILIK MELAYU HENDAKLAH MENUNJUKKAN CONTOH MEMBANTU MEREALISASIKAN PENCAPAIAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL DENGAN MEMBERIKAN PERANAN LEBIH SIGNIFIKAN KEPADA TENAGA PROFESIONAL DAN USAHAWAN MELAYU.

25. KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT MILIK BUKAN BUMIPUTERA, TANGGUNGJAWAB SOSIAL MEREKA MESTILAH SAMA-SAMA MENDUKUNG ASPIRASI NASIONAL INI DENGAN MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA TENAGA KERJA PROFESIONAL MELAYU TERUTAMA DI PERINGKAT PENGURUSAN TINGGI. PROFESIONAL MELAYU KINI MAMPU, MALAH LEBIH BERUPAYA MELAKSANAKAN TUGASAN-TUGASAN PENTING SAPERTIMANA DIBUKTIKAN MELALUI PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA), MENGETUAI SEKTOR PERBANKAN DAN KEWANGAN, URUSTADBIR KORPORAT SYARIKAT-SYARIKAT MULTINASIONAL SERTA LAIN-LAIN SEKTOR.

26. BAGI MELAYU YANG TELAH BERJAYA DIDALAM BIDANG MASING-MASING, TAMPILLAH KE HADAPAN BAGI BERSAMA-SAMA MEMBANTU HASRAT MURNI UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA, MASYARAKAT USAHAWAN BUMIPUTERA, MASYARAKAT PROFESIONAL, TEKNOKRAT BUMIPUTERA, SERTA MASYARAKAT SAINS DAN TEKNOLOGI BUMIPUTERA. JADIKANLAH HASRAT INI SEBAGAI SATU ASPIRASI BANGSA MELAYU.

27. AGENDA DAN USAHA MEMARTABATKAN BANGSA ADALAH TANGGUNGJAWAB BAGI SETIAP MEREKA YANG SAYANG DAN KASIH KEPADA BANGSA. BADAN-BADAN SWASTA MILIK MELAYU DAN INDIVIDU MELAYU YANG TELAH MENDAPAT NIKMAT AWAL DAN TELAH MENCAPAI KEJAYAAN, HENDAKLAH MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PEMANGKIN UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI MELAYU YANG BERJAYA. ASAS EKONOMI BANGSA AKAN BERTAMBAH KUKUH, JIKA MELAYU YANG TELAH MENGECAPI NIKMAT PERJUANGAN UMNO ATAU TELAH MENDAPAT KEMUDAHAN SEJAK DASAR EKONOMI BARU DILANCARKAN, TERUS MENYUMBANG KEPADA MENJAYAKAN AGENDA MELAYU. TENTULAH MEREKA DAPAT MEMBERIKAN KESAN PERTAMBAHAN SECARA MENDADAK MEMBANGUNKAN LEBIH RAMAI ANAK BANGSA KHUSUSNYA MASYARAKAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN BUMIPUTERA.

28. PERANAN AHLI UMNO MENJADI LEBIH RELEVAN APABILA AGENDA DAN WAWASAN KEPIMPINAN NEGARA TELAH MENEROKAI DAN MERINTIS PENUBUHAN INFRASTRUKTUR SERTA PROJEK MEGA SEPERTIMANA KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC), YANG DIPERLENGKAPKAN DENGAN AKTA DAN PERUNDANGAN YANG KOMPREHENSIF. PENUBUHAN MSC BUKANLAH SEKADAR USAHA MEMBINA SATU RANGKAIAN PRASARANA 'GENTIAN OPTIK'. IA ADALAH SATU MANIFESTASI KEPIMPINAN NEGARA YANG MENGGALAKKAN CETUSAN INOVASI DAN KELAHIRAN IDEA BARU. IANYA MENJADI LEBIH BERMAKNA KERANA MSC TERLETAK DIDALAM KAWASAN PARLIMEN SEPANG YANG KITA MENJADI AHLI MASYARAKATNYA.
GLOBALISASI

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,
29. GLOBALISASI MENUNTUT KEPERLUAN MENGHADAPI SAINGAN LEBIH BESAR DI MEDAN YANG LEBIH LUAS DAN SAMA RATA. GLOBALISASI ADALAH REALITI DAN KENYATAAN YANG MENDASARI PEMIKIRAN DAN TINDAKAN NEGARA-NEGARA MAJU DAN KUASA BESAR DALAM SAINGAN PERCATURAN POLITIK DAN EKONOMI DUNIA. KITA PERLU MELIHAT IANYA SEBAGAI CABARAN DAN ANCAMAN YANG MESTI DIHADAPI DENGAN BERANI DAN AKAL YANG PINTAR.

30. PADA HARI INI MALAYSIA MERUPAKAN SATU-SATUNYA NEGARA ISLAM YANG SEDANG BERADA DI AMBANG TARAF NEGARA MAJU. MALAYSIA TELAH DILIHAT SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA PEMBANGUNAN UMMAH DI PERINGKAT ANTARABANGSA. KEUPAYAAN KITA DALAM PENGURUSAN DAN ORGANISASI TERUTAMA DALAM MEMUPUK KEHARMONIAN DAN KESTABILAN POLITIK, PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, PEMBANGUNAN DESA, PEMBASMIAN KEMISKINAN, PEMBANGUNAN LADANG, SERTA KEPELBAGAIAN AKTIVITI EKONOMI, ADALAH MENJADI SUMBER INSPIRASI DAN CONTOH KEPADA NEGARA-NEGARA SEDANG MEMBANGUN.
BELIA DAN WANITA

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,
31. GENERASI MUDA ADALAH MASA HADAPAN KITA. MEREKALAH KACA ATAUPUN PERMATA. KITA SELALU MENDENGAR UNGKAPAN INI, BERHADAPAN DAN SELALU BERSAMA MEREKA. TETAPI APAKAH USAHA-USAHA YANG TELAH KITA LAKUKAN SECARA INDIVIDU, ATAUPUN SECARA BERKUMPULAN UNTUK MEMPASTIKAN BAHAWA GENERASI MUDA KITA BERSEDIA SERTA MEMPUNYAI KEKUATAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN CABARAN MASAKINI DAN MASA HADAPAN YANG TIDAK MENENTU? DUNIA TANPA SEMPADAN PADA HARI INI DAN KEMAJUAN TEKNOLOGI SERBA CANGGIH MENJADI GELANGGANG PERMAINAN DAN KEHIDUPAN GENERASI BARU. INI SEMUA BERLAKU DENGAN BEGITU PANTAS. IANYA TIDAK MUNGKIN SAMA DENGAN APA YANG KITA TELAH LALUI SEPANJANG HAYAT KITA SEBELUM INI. PEMBANGUNAN DAN PEMBAHARUAN DARI SEGI EKONOMI, TEKNOLOGI, KEHIDUPAN SOSIAL, PENDIDIKAN, DAN SEBAGAINYA BERUBAH DENGAN BEGITU PANTAS. BUDAYA PEMAKANAN ANAK-ANAK KITA JUGA TELAH BANYAK BERUBAH. HASILNYA PEMBANGUNAN FIZIKAL TUBUH DAN CARA PEMIKIRAN MEREKA JUGA TURUT BERBEZA BERBANDING DENGAN ANAK-ANAK GENERASI KITA TERDAHULU. KAEDAH SERTA HALACARA PEMIKIRAN JUGA BANYAK DIPENGARUHI OLEH MEDIA-MEDIA MASSA ELEKTRONIK SEPERTI TELEVISHEN, KOMPUTER DAN TELEFON MUDAH ALIH. TUMPUAN GENERASI MUDA KINI BANYAK DIHALAKAN KEPADA NILAI-NILAI KEUNTUNGAN KEBENDAAN SEMATA-MATA, DENGAN MELUPAKAN ATAU MENGABAIKAN ATAU TIDAK PERNAH DISEDARKAN AKAN KEPENTINGAN MORAL, ETIKA, KEMANUSIAAN DAN KEROHANIAN. APAKAH CONTOH SERTA TAULADAN YANG INGIN KITA BINA DAN TINGGALKAN KEPADA GENERASI MUDA KINI? APAKAH NILAI-NILAI MURNI YANG TELAH KITA TANAMKAN DALAM DIRI MEREKA INI?

32. DALAM KITA MENITI DAN MENIKMATI KEJAYAAN MASA KINI, KITA TIDAK HARUS LUPA AKAN AKAR WARISAN DAN TUNJANG TAMADUN BANGSA YANG PERLU DISEMAI DAN DIPUPUK DI KALANGAN GENERASI MUDA BANGSA KITA SUPAYA MEREKA TIDAK TERJERUMUS DALAM KANCAH KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK. BANGSA KITA HARUS DIDIDIK SUPAYA DALAM KESEDIAAN MEMBUKA PANDANGAN KEPADA IDEA-IDEA BESAR DAN BARU, MEREKA MESTI BERKEUPAYAAN MENAPIS DI ANTARA YANG KERUH DENGAN YANG JERNIH DAN YANG BENAR DENGAN YANG PALSU. KITA PERLU MEMASTIKAN DALAM KEGHAIRAHAN MENJUARAI GAGASAN PEMIKIRAN BARU YANG TERDEDAH KEPADA PELBAGAI RISIKO PENDEDAHAN TANPA SEMPADAN, MEREKA MAMPU MENCARI IDEA DAN BUDAYA POSITIF SERTA MEMBINA KEHIDUPAN HARMONI YANG DITUNTUT OLEH AGAMA KITA.

33. STATISTIK MENUNJUKKAN LEBIH 70 PERATUS PENDUDUK NEGARA BERUSIA DI BAWAH EMPAT PULUH TAHUN DAN HAMPIR 50 PERATUS PENDUDUK ADALAH WANITA. WANITA DAN GOLONGAN MUDA ADALAH ASET BERHARGA PENUH POTENSI. PANDANGAN KUMPULAN INI SANGATLAH PENTING UNTUK DITIMBANGKAN DALAM MERANGKA DASAR-DASAR NEGARA. WANITA DAN GOLONGAN MUDA PERLU DI BAWA BERSAMA DI PERINGKAT PERUNDINGAN, DI PERINGKAT PERANCANGAN DAN DIUJI, MALAH DIBERIKAN KEPERCAYAAN DI PERINGKAT PERLAKSANAAN. WANITA DAN GOLONGAN MUDA ADALAH TENAGA BERPENGARUH YANG AKAN MENENTUKAN KEJAYAAN KITA. UNTUK ITU, DASAR-DASAR YANG DIGARISKAN OLEH NEGARA TIDAK HARUS MENYISIHKAN KUMPULAN INI. KUMPULAN INI PERLU DI BAWA BERSAMA UNTUK MEMAHAMI DAN MENYERTAI PERJUANGAN KITA. KITA PULA WAJIB MEMAHAMI IDEALISME DAN CITA RASA KUMPULAN INI. KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN SEMUA PIHAK DIPERLUKAN DALAM MELAKSANAKAN AGENDA MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU. IA ADALAH USAHA JANGKA PANJANG. IA MENUNTUT KEPADA KETABAHAN, KESABARAN, KESUNGGUHAN DAN PENGORBANAN MELALUI PEMBANGUNAN SIKAP SERTA PEMBANGUNAN MENTAL.

PENUTUP

YANG BERBAHAGIA DATO’ PENGERUSI,

34. MASIH BANYAK PERKARA YANG PERLU DILAKSANAKAN DIDALAM USAHA MEMARTABATKAN BANGSA, KITA SENDIRI HENDAKLAH BERSEDIA MELAKUKAN PERUBAHAN UNTUK MEMBAWA PEMBAHARUAN, BERMULA DARI DALAM DIRI DAN PARTI. AGENDA MELAYU ADALAH ASAS PERJUANGAN KITA. AGENDA YANG HARUS DIPERJUANGKAN SECARA BERTERUSAN. SEGALA KEJAYAAN YANG KITA HARAPKAN AKAN MENJADI KENYATAAN DENGAN ADANYA KEAZAMAN. KEAZAMAN BERERTI KITA MESTI BERSEDIA UNTUK BEKORBAN MASA, TENAGA, WANG RINGGIT DAN KEPENTINGAN PERIBADI SEMATA-MATA. KESEDIAAN KITA BERJUANG DENGAN NIAT YANG IKHLAS DAN BERSATU PADU AKAN MENJANJIKAN KEJAYAAN. INSYAALLAH.

35. AKHIR KATA, MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDOA KEHADRAT ILLAHI SEMOGA TERUS DIBERIKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MINDA YANG BAIK, KEKUATAN KEAZAMAN DIDALAM MELAKSANAKAN AGENDA PERJUANGAN BANGSA DENGAN PENUH KESEDARAN DAN HIKMAH. SEMOGA APA YANG UMNO BAHAGIAN SEPANG LAKUKAN AKAN TERUS MENDAPAT KEBERKATANNYA. AKHIR KATA, SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN SEGALA USAHA-USAHA MURNI PERJUANGAN UMNO, BAIK SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG. HANYA ALLAH JUA YANG AKAN MEMBALAS JASA BAIK ANDA SEKELIAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM W.B.T

Baca Seterusnya!
AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SEPANG
AHLI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN SEPANG

Baca Seterusnya!


Pautan Sepang
Baginda s.a.w. bersabda; Orang yang berusaha membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, seperti orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti. (H.R. Bukhari & Muslim)
Dilawati Sejak Ogos 2006
    counter
Aktiviti Terkini

15 Jan 07 (Isnin)
Setiap aktiviti akan dipaparkan disini
  


Berita Terdahulu
Arkib
Email Pusat Khidmat
Kalendar
Semak Keahlian UMNO


Semak Daftar Pengundi



Bancian Pemilih


Kerajaan Tempatan
Badan Berkanun Negeri
Agensi Kerajaan Negeri
Pejabat Daerah & Tanah
Kolej dan Universiti di Selangor
Akhbar Hari Ini
Template Asal Oleh
Free Blogger Templates
Pentadbir
    BLOGGER